Hati,
Adakah kau akan terus ditipu ?
Hati,
Adakah kau akan terus dilukai ?
Hati,
Adakah kau akan mampu bertahan dengan segala dugaan ?
Kerana aku sangat pelik memilikimu ketika ini,
Kerana hati yang ku kenal telah banyak berubah dari banyak menipu dan melukai kini lebih daripada diam dan lemah tanpa kata-katanya.
Aku harap kau terus berubah,
Tapi bukan dengan cara begini,
Menerima apa sahaja walaupun tak rela.
Duhai Hati,
Terima kasih kerana ingin berubah.