Bila ada
yang mula bertanya, mana aku menghilang selama ini. Aku hanya mampu kata yang
aku penat untuk menulis. Ya, hanya menulis kisah duka dan luka diri sahaja.
Manakah bahagia, mesti ada yang tertanya.
Jika hari
ni, aku menulis semula, ternyata aku tiada lagi kawan yang sentiasa ada.
Seperti hariku yang sebelum ini, aku banyak luangkan masa bersama diri yang
terkurung dengan perasaan aku. Aku tak patah semangat, cuma aku patah hati.
Makan hati dengan sikap manusia.
Kini ku
sedar harapan yang diberi melalui perasaan, hanyalah satu mainan. Ia bukan
untuk dipertanggungjawabkan. Mungkin aku silap selama ini bagi satu
kepercayaan, tapi mungkin aku betul dalam beri satu peluang. Mana tidaknya,
insan yang selama ini aku ingin hadir dan bersama dengan aku, hancurkan
perasaan yang aku simpan selama ini. Aku kecewa, meraung itu pasti. Jika tidak
ada satu kepercayaan tidak akan hadir satu peluang dan tidak akan wujud satu
perasaan. Mungkin aku terlampau
sayangkan dia sampai aku korbankan diri aku.
Mungkin ada
yang tertanya, mana kawan aku yang lain. Aku dah lama tiada kawan, sejak diuji
dengan pelbagai perkara mereka pergi tinggalkan aku. Ya, aku ni bagi mereka
pembawa malapetaka, jika ada kawan lagi hanyalah si perosak bangsa. sama sekali
penagih lorong belakang malahan si penjual maruah murahan pun tidak ingin
berkawan dengan aku.
Hari ni aku
sedar, yang diri aku ini hanya pengemis, mencari secebis keikhlasan. Menadah
tangan dari hati yang kosong untuk menerima satu keikhlasan. Di samping itu
juga, aku menjual kegembiraan, dengan seikhlas hati mereka boleh membeli dan
menderma untuk dapatkannya. Aku tidak kisah, jika ingin berkongsi bahagia.
Malahan selama ini, aku hanya menumpang kasih manusia sahaja. Mereka gembira
aku turut sama, mereka sedih aku pun berduka, mereka pergi namun aku tetap
setia.
Entah, di
mana silap aku, mungkin ego yang tinggi ataupun banyak merendah diri sampai
biarkan diri diperlakukan sebegini. Aku tak kata yang aku tak merindukannya,
menjadi insan yang dikongsi kegembiraan bersamanya adalah perkara paling
bermakna. Namun hari tak selalunya indah, dalam kegembiraan dia telah mula
untuk cucuk jarum pemisah. Aku tak tahu kenapa berlaku semua itu, nak dikata
aku ini tak berpegang pada kata,mana janji yang tak ku tunaikan kepadanya.
Ingin menuduh aku punca kelalaian, aku ini seorang kawan yang sentiasa nasihat.
Aku termenung jauh. Mencari solusi dalam perkara ini.
Ditimpa
dengan kemalangan membuatkan aku lagi celaru, fikiran aku tak seperti manusia
normal. mudah sensitif bila sakit. Emosi terganggu malahan mental mudah rapuh.
Ia terus mencarik cebisan perasaan yang aku tinggalkan, berkata itu ini dan
membuatkan aku terus dalam gangguan mental, disebabkan itu aku ditahan sekali
lagi didalam wad akibat sakit kepala yang melampau.
Siapa tahu,
bahkan yang membaca tidak mengenal aku, mungkin dia sahaja yang tahu. Aku cuma
ingin dia sedar, yang dia adalah separuh jiwa yang telah tertanam dalam diri
aku, mustahil untuk hapuskan.
Setahun yang
lepas, aku diberi harapan untuk satu jawapan, aku dicari untuk satu pertemuan.
Lafaz rindu sentiasa berbait dibibir entah jujur atau tidak aku tak pasti, Ada
kalanya aku terasa bersalah dengan dua tiga perkara. Namun ia terus menarik
aku. Aku tak menyalahkannya, aku yang mengikut aliran itu, bukan kerana aku
ingin pada mulanya, cuma aku percaya apa yang dia lakukan, untuk perubahan aku
dan dia. Cuma satu soalan yang memainkan riak mukanya yang serius membuatkan
aku telah punyai satu jawapan dan perasaan yang benar, iaitu "betul ke
awak sayang saya". Jawapan ku jujur, terus terang sehingga kini itulah
kali pertama aku menjawab "yup, sayang" dan perasaan itu hingga hari
ini, dan hari ini dia telah sepi, tiada lagi panggilan telefon darinya, malahan
bila bertanya ada sahaja alasannya. Cuma aku tanam dalam diri aku, yang aku
faham dia sedang menuntut ilmu dan aku biarkan dia terbang cuma yang ada satu
tali tangsi mengikatnya yang diberi nama tali kesetiaan aku sendiri. Sejujurnya ...
Aku rindu,
menunggu dia pulang mencari aku.
Inilah aku
yang sentiasa dalam dakapan sayang sendiri,
Akhirnya,
aku akan merinduinya sehingga diberi peluang lagi.
Assalamualaikum.

