Setahun pengenalan kita,
Indahnya jika setahun ini,
Kita menjaga hubungan persahabatan dengan sempurna,
Maafkan aku,
Jika pernah menguris hatimu dengan sikapku selama ini.

Aku inginkan yang terbaik untuk kau,
Aku inginkan kau berjaya bila mata ku sudah terpejam buat selamanya,
Sesungguhnya aku takkan selamanya bersama dengan kau,
Aku akan penjamkan mata dan akan dimandikan oleh mereka,
Akhirnya akan ditanam dibawah sekeping papan kayu sahaja.

Jika diri ini pula sudah tiada,
Ketika aku menyepi sendirian,
Aku tidak mengharap banyak benda darimu,
Hanya sedekahkan sahaja Al-fatihah untukku,
Teruskan hidupmu dengan gembira tanpa air mata.

Tapi jika aku menyepi buat seketika,
Aku harap kau mengingati aku lagi,
Apabila aku hadir semula dalam hidupmu,
Kadangkala aku perlu sendiri,
Untuk yakinkan diri aku terhadapmu.

Tapi kini aku sendiri,
Hanya ditemani dengan diri,
Aku harap kau sedar,
Setahun pengenalan kita,
Hanyalah sia-sia,
Jika engkau sendiri tidak tahu,
Apa itu erti persahabatan dalam hubungan kita ...