Hari ini kau sedar,
Dia sudah hilang dari matamu,
Hari ini kau sedar,
Kau tidak seceria semalam,
Hari ini kau sedar,
Tanpanya kau sunyi.

Hari ini kau sedar,
Hidup kau sepi,
Tanpa gelak tawanya,
Tanpa gurauan mesranya,

Tapi..
Hari itu kau mengecewakannya,
Hari itu kau pilukan hatinya,
Hari itu kau memberikan dia harapan palsu,
Hari itu juga kau suruh dia pergi dari hidup kau.

Dia tetap tabah
Dia tetap teruskan hidupnya
Dia tahu kau tidak mahu dirinya
Dia hanya mahu kau temaninya Hingga Akhir hayatnya,
Dan akhirnya dia pergi jua.

Kini,
Kau sudah sedar,
Hadirnya dia dalam hidupmu,
Hanya seketika,
Hadirnya dia untuk menceriakan harimu,
Dan Hadirnya membawa seribu makna dalam hidupmu.


Hari ini kau tidak guna untuk menyesal atas pemergiannya,
Hari ini kau tidak guna untuk menangis atas apa yang terjadi,
Hanya sepucuk surat ditnggalkan untukmu,
Hanya bertulis dengan sebaris perkataan yang betulis,
HANYA AKU CINTA KAU SEORANG.


"Hargailah mereka yang menyayangimu,
Mungkin dalam diam Allah lebih menyayanginya,
Lalu mengambilnya darimu,
Masa itu mungkin kau tidak boleh menghargainya lagi."