Hakikat aku menipu,
Demi ingin miliki sayang dia,
Bukan menipu diri dia,
Tapi menipu perasaan aku sendiri.
Percaya pada takdir tuhan,
Aku berserah,
Dalam masa sama aku usaha,
Untuk miliki hati dia.
Aku tahu,
Kejadian lepas ajarkan aku erti pengorbanan,
Namun aku sedar,
Pengorbanan itu biarlah bertempat,
Bukannya seksakan diri,
Biarkan hati mengawal akal,
Lalu terkulai,
Kalah dengan perasaan
Hari ni aku faham,
Kenapa aku susah untuk luahkan,
Kebenaran selalu aku palsukan,
Kerana ingin hidup dalam penderitaan.
Terima kasih,
Kerana dia sedarkan aku,
Bertapa pentingnya meluahkan,
Dari memendamkan,
Kerana kesakitan itu bukan sementara,
Jadi kenapa perlu pendam ?
Kalau ada yang sudi menerima.
Terima kasih sayang.
.

