Siapakah kau,
Pada mula aku ingat hanya bayangan manusia lain,
Tapi kau bayangan yang selalu menghantui diriku,
Kenapa hadir ?
Sekadar bertanya satu perkataan,
Kenapa ?
Aku ingin kata,
Kau hanya perosak hati,
Sakitkan hati dan pergi,
Ketika cinta berputik kau lari,
Ketika hati dikunci kau mencuri,
Hakikatnya bila aku bagi kau tak hargai.
Tolong jujur,
Apa kau mahu,
Aku takkan benci kalau itu indah,
Yang benar jika kita kembali semula.
Ada kebenaran dalam kesilapan,
Cuma aku akan jaga kau seperti dulu,
Kau cuma kena tahu satu,
Peluang kedua memang aku mahu,
Tapi dulu bukan hari ni,
Kerana aku ingin kau sedar kebaikan aku bersama kau,
Hanyalah ingin pulihkan luka lama,
Bukan untuk menabur cinta lagi.

